Friday, September 28, 2007

Kantoi!!!




Alamak! Kantoi!!! Pakngahnyer sonyap2 amik gambar angah dgn kawan angah (ciha) tengah sedapppp makannn.. KFC lagi! Sorry la ye, kami tak bole pose masa tu, cuti. Si ciha kawan angah tu maluuu sampai tak nak tengok camera sbb dia tau angah & pakngah nak masukkan dalam blog. Tapi angah selamber jerk.. siap senyum lagi.. peduli la.. 'aku' memang tengah lapar.. hehehe! Lebih2 lagi dah lama tak makan KFC.

Friday, September 21, 2007

My House in New Delhi

Atas permintaan Moksunyer, maka Angah paparkan gambar2 rumah Angah kat New Delhi ni. Sedikit info tentang rumah ni... rumah ini telah siap dibina dan diduduki pada pertengahan tahun 1975... mmmm.. that means rumah ni dah berusia 32 tahun. Anyway, by next year, rumah ini akan dirobohkan untuk dibina kuarters yang baru, dengan membina apartment bertingkat yang akan memuatkan semua staff (home based staff). At the moment cuma ada 3 buah rumah sahaja di dalam kawasan embassy ini iaitu rumah High Commissioner, rumah angah & member angah sorang lagi.

Ruang tamu

Ruang makan

Bilik tidur angah & pakngah
Bilik tidur tamu (insyaAllah akan jadi bilik tidur Shasha & Pika)
Bilik TV/Karaoke
Dapur... bersepah ek...
Tempat sidai kainku... bear 'teruna' masih comel & gebu...
My front house... hey, that's me waving! angah 'paksa' pakngah yg tengah jogging amik gambar angah. tak pepasal member tu kena stop sekejap... hehehe...
My neighbour (yg ada kete ala2 kancil tu...)
Tennis court
Pakngah tengah jogging sekeliling padang depan rumah
'Boyan' tempat angah & pakngah relax especially selepas jogging

Wednesday, September 12, 2007

Hikmah Berpuasa


HIKMAH PUASA
  • Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
  • Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
  • Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
  • Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan rezekiNya kepada kita.
  • Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
  • Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati.
  • Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
  • Berpuasa dapat melatih diri agar menjadi seorang yang amanah.
  • Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
  • Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
  • Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
  • Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
  • Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Berpuasa dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

Monday, September 10, 2007

Salam Ramadhan


PANTUN RAMADHAN

Senyum menawan si jantung hati
Berjalan santai di pagi hari
Mari kawan bersihkan hati
Sambut Ramadhan bulan yang suci

Kuda putih sangat perkasa
Berlari kencang luar biasa
Bermaaf-maafan bila ada dosa
Karena Ramadhan kan segera tiba

Jauh-jauh di seberang lautan
Mencari rezeki tidak tertahan
Ingin pulang tak berkesempatan
Hanya salam dapat dikirimkan

Merenung jauh hingga ke awan
Membilang hari bila nak pulang
Rindu ke kampung tidak tertahan
Rasanya sekarang nak terbang pulang

Kampung halaman selalu dikenang
Tempat bermain bersama rakan
Jika ada umur yang panjang
Bertemu lagi di masa hadapan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA

Friday, September 7, 2007

Birthday Girls!!!

Angah & Pakngah would like to wish to all the September's birthday girls a
HAPPY BIRTHDAY!

Kak Ilah
Zahira
Lilly
Wanie

Candid Camera!



















Meeting!?? Discussion!!?? Penuh perasaan acik boy tu nampaknyer...

Tuesday, September 4, 2007

National Day in New Delhi



















Walaupun jauh di perantauan, kami tetap meraikan Hari Kebangsaan kita. Tahun ni kami sambut di Taj Palace Hotel, New Delhi. Ramai jemputan, almaklumlah yg ke 50. Sempena hari kebangsaan ini juga, pihak Tourism Malaysia menganjurkan Malaysian Food Festival selama seminggu di hotel yang sama. 2 orang chef dari Istana Hotel diterbangkan khas untuk mempromosikan makanan Malaysia di New Delhi dan kumpulan ghazal dari Warisan Johor. Fuhh.. meriah la malam tu! Seronok dengar ghazal secara live... especially bila mendendangkan lagu... Penawar Rindu! lentokkk..!!















Embassy pun dihias cantik dengan lampu2! Memang bergemerlapan waktu malam... bermandikan cahaya2 lampu.. mmm.. memang cantik giler!