Wednesday, September 12, 2007

Hikmah Berpuasa


HIKMAH PUASA
  • Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
  • Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
  • Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
  • Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan rezekiNya kepada kita.
  • Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
  • Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati.
  • Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
  • Berpuasa dapat melatih diri agar menjadi seorang yang amanah.
  • Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
  • Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
  • Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
  • Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
  • Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Berpuasa dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

No comments: