Tuesday, October 30, 2007

Happy Belated Birthday to Nica!

Angah & Pakngah ucapkan Happy Birthday buat Nica! Walaupun angah terlewat masukkan dalam blog ini, tapi angah & pakngah tak lupa. Infact pakngah siap beli hadiah special buat Nica dari New Delhi.. kami kan nak balik bercuti minggu depan, so bole la bawak sekali.

Inilah 'gadis' comel bernama Nica...











Terawih, Moreh, Malam Raya, Takbir & Pagi Raya di New Delhi

Alhamdulillah, selamat sudah kita mengerjakan ibadah puasa dan menyambut hari raya yang mulia. Segala2nyga berjalan dengan baik.... syukur Alhamdulillah.

Di Malaysia mesti suasana hari raya masih terasa. Sana-sini orang buat open-house. Tapi di New Delhi ni, suasana raya tu dah habis. Hari yang pertama je yang meriah. Pagi-pagi kami berkumpul untuk takbir dan solat raya, diikuti dengan jamuan makan dan minum. Meriah sungguh masa tu. Pastu, bersedia pulak untuk acara pada malam tersebut... open-house untuk semua Malaysia yang berada di New Delhi, dan jemputan kawan2 rapat masyarakat New Delhi, juga jemputan untuk Ambasador2 dari negara Asean. Habis malam tu, esoknya dah back to normal. Macam tak raya plak.

Begitulah kehidupan kami yang jauh di perantauan ini. Malam raya semasa takbir adalah malam yang penuh keharuan dan kepiluan. Airmata yang ditahan2 tak dapat dibendung lagi kerana teringatkan kampung halaman, ibu & ayah, adik beradik serta sanak saudara. Maka terlerailah airmata tersebut dengan iringan bacaan takbir ...

Bagi kami yang jauh ini, bukan raya yang kami nanti tetapi bulan ramadhan yang penuh mulia. Selain dari mengerjakan amal ibadat puasa, setiap hari kami berkumpul untuk berterawih. Memang sungguh meriah. Sebulan puasa kami penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan.

Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar
Laailahaillallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar walillahilhamd...


Terawih

Terawih

Moreh
Moreh
Sedang menunggu keputusan hari raya... Malam raya... takbir..

Malam raya... main bunga api..


Pagi raya.. takbir & solat raya...

Menjamu hidangan yang disediakan..
Bergambar beramai-ramai di pagi raya..
Sedondon.. tahun ni hitam..

Thursday, October 25, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sorry, lama angah tak update blog ni. Angah tengah busyyyy.. sesangat. Anyway, di kesempatan ini angah nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Miss you all & love you all so much! muahhhh!!!!

Monday, October 1, 2007

Mahsuri

Semalam angah bukak la album2 lama, saja nak tengok gambar2 lama kekalau boleh dimasukkan dalam 'story' angah kali ni. Amboiii... banyak betul gambar2 yang ada dalam koleksi angah yang ingin angah masukkan, mmmmm... ketawa sendiri bila tengok gambar2 tu, gambar2 masa kecik2 dan muda2 lagi... hehehe... Dalam bebanyak gambar tu, angah lebih tertarik kepada gambar2 semasa angah pergi Langkawi 10 tahun dulu bersama dengan adik-beradik pakngah. Paling banyak ketara bezanya ialah Makam Mahsuri. So, angah cuba bandingkan dengan gambar2 yang baru tahun ini angah ambik semasa kita bercuti ke Langkawi tempoh hari.
Walaupun tak banyak gambar2 yang angah ambik, tapi cukuplah untuk kita lihat akan perbezaan Makam Mahsuri pada hari ini dengan 10 tahun yang lalu.

Jom kita ikuti serba ringkas tentang wanita yang bernama MAHSURI ini...

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Makam Mahsuri dulu...

Makam Mahsuri sekarang...

Telaga Mahsuri dulu...

Telaga Mahsuri sekarang...
Rumah Mahsuri dulu...

Rumah Mahsuri sekarang...

Potret Mahsuri dulu...

Potret Mahsuri sekarang...

------------------------------------------

The Story of Mahsuri

During the time of the powerful Sultanates of the Malay archipelago there lived a young woman named Mahsuri. She was the most beautiful woman in all of Langkawi, and the wife of Wan Darus, a brave warrior. As was required of him, her husband had to go to war, leaving Mahsuri behind to fend for herself. It was during this time that Mahsuri befriended a young man named Deraman.

Their close friendship lead others in her village to believe that their relationship was sexual in nature. Some versions of the legend claim that the parties who perpetuated the gossip were those who were envious of Mahsuri's beauty. Eventually the rumours grew strong enough that the villagers openly accused her of adultery. Mahsuri pleaded her innocence, but no one believed her.

Following the old Islamic punishment for adultery, Mahsuri was to be tied to a tree (or pole) and stabbed to death. When they stabbed her, white blood flowed from her wound, signifying her innocence. With her dying breath, Mahsuri cursed Langkawi to have seven generations of bad luck.

------------------------------------------