Di Malaysia mesti suasana hari raya masih terasa. Sana-sini orang buat open-house. Tapi di New Delhi ni, suasana raya tu dah habis. Hari yang pertama je yang meriah. Pagi-pagi kami berkumpul untuk takbir dan solat raya, diikuti dengan jamuan makan dan minum. Meriah sungguh masa tu. Pastu, bersedia pulak untuk acara pada malam tersebut... open-house untuk semua Malaysia yang berada di New Delhi, dan jemputan kawan2 rapat masyarakat New Delhi, juga jemputan untuk Ambasador2 dari negara Asean. Habis malam tu, esoknya dah back to normal. Macam tak raya plak.
Begitulah kehidupan kami yang jauh di perantauan ini. Malam raya semasa takbir adalah malam yang penuh keharuan dan kepiluan. Airmata yang ditahan2 tak dapat dibendung lagi kerana teringatkan kampung halaman, ibu & ayah, adik beradik serta sanak saudara. Maka terlerailah airmata tersebut dengan iringan bacaan takbir ...
Bagi kami yang jauh ini, bukan raya yang kami nanti tetapi bulan ramadhan yang penuh mulia. Selain dari mengerjakan amal ibadat puasa, setiap hari kami berkumpul untuk berterawih. Memang sungguh meriah. Sebulan puasa kami penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan.
Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar
Laailahaillallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar walillahilhamd...
Terawih
Moreh
Moreh
Sedang menunggu keputusan hari raya... Malam raya... takbir..
Pagi raya.. takbir & solat raya...
Menjamu hidangan yang disediakan..
Bergambar beramai-ramai di pagi raya..
Sedondon.. tahun ni hitam..
No comments:
Post a Comment