Friday, November 30, 2007

Mat Rempit Sejati


Amer 'the mat rempit sejati'!!! kekekekehh.... kelakor betul anak buah angah yang sorang nih. Angah nak panggil dia m.r. for mat rongak, marah betul dia. Dia kata panggil dia mat rempit sejati. Tapi pakngah panggil dia mat rempit botol. Mana taknya, dah BESAR pun masih isap botol!!! Tengok la gambar2 dia isap botol ni, tau plak malu, tutup muka... hehehe..

Birthday wish for Along!



Sorry along, angah tak sempat nak beli hadiah masa balik hari tu... Study hard.. wish you all the success...

Sorang kat rumah...

Dah 4 hari angah balik ke new delhi dan dah 4 hari jugaklah angah rindukan pakngah (hehehe). Sebenarnya banyak kerja yang perlu angah selesaikan, tapi pegang tu tak jadik, pegang ni tak jadik... hati ini masih kat malaysia.

Borang2 sekolah shasha & pika yang perlu dihantar tertangguh, sebabnya dokumen2 shasha terlupa nak bawak balik ke new delhi. Nak kemas rumah pun takde mood, rasa 'm' masih ada lagi. Tapi besok atau lusa mesti kena buat bcoz pakngah dah nak balik rabu ini bersama dengan shasha & pika.

Kat opis pun kena kemas, boss baru dah nak datang. hmmm.. camner la dengan boss baru nanti, harap2 ok. Walau apa pun, kerja tetap kerja, insyaAllah kalau kita buat kerja dengan betul & baik, semuanya akan jadik ok.

Tak sabar rasanya tunggu pakngah balik bersama shasha & pika. Moga2 shasha & pika happy tinggal dengan kami di new delhi. Moga2 shasha & pika tak boring tinggal di new delhi... dan moga2 shasha & pika dapat belajar dengan baik di sini.
Aminnn...

Tuesday, November 6, 2007

Keluarga Terpilih... Busana Raya

Keluarga terpilih untuk blog angah kali ini ialah keluarga alang & keluarga cik ana. Beautiful! very loving! muahhh!!.. . Amboii.. berposing abih macam dalam majalah. Tapi rasa2 macam tau je amik kat mana..hehehe.. ada la spy yg bagi tau..kekekekehh..







Thursday, November 1, 2007

Kisah orang sakit yang tak sakit

20 Oktober 2007, angah & pakngah jam 8.00 pagi dah bersedia nak ke spital sebab pakngah nak kena admit ward buat 'coronary angioplasty' iaitu satu prosedur perubatan yang perlu dibuat, dengan memasukkan belon ke saluran darah ke jantung yang tersumbat bagi membuka/membesarkan ruang saluran darah agar aliran darah ke jantung dapat mengalir dengan lancar (coronary angioplasty is a medical procedure in which a balloon is used to open a blockage in a coronary (heart) artery narrowed by atherosclerosis. This procedure improves blood flow to the heart).

Hati angah ni hanya tuhan saje yang tahu. Segala macam benda yang difikirkan. Teringat kembali peristiwa dulu masa memula pakngah masuk spital untuk memasukkan pacemaker. Anyway, bila sampai di spital, seperti biasa register untuk masuk wad, amik darah, etc. Lebih kurang jam 9.30 pagi, maka masuklah pakngah dalam wad. Doktor kata, setelah report untuk darah diperolehi, bole terus buat operation iaitu dalam anggaran pukul 2 ptg.

Jam 1.40 petang, maka datanglah nurse untuk membawa pakngah ke bilik operation. Angah pun pergi sekali dan tunggu di bilik menunggu yang disediakan. Setelah menunggu dalam lebih kurang 1/2 jam, datang nurse memanggil angah kerana doktor nak jumpa. Dalam hati berkata, aikk.. takkan sekejap dah siap. Rerupanya doktor panggil angah untuk bagitau yang operation tidak perlu dilakukan kerana tiada blockage di saluran darah tersebut. Doktor meminta maaf kerana report tersebut telah silap dan akan menyiasat dan akan inform angah kemudian. Masa tu, tak tahu nak kata apa... yang pertama2nya angah bersyukur kerana pakngah tak perlu buat tu semua. Lepas tu nak marah pun ada, nak ketawa pun ada dan geram pun ada. Macamana boleh silap??? India..India.. incredible India! Kalau angah nak saman spital tu pun bole & kalau embassy tak nak bayar bil spital pun bole... Tapi kita takmo la buat macam tu... asalkan semua selamat sudah.

Itulah di antara pengalaman angah & pakngah yang tak tersangka terjadi. Lepas ni, untuk member2 yang lain, kena check betul2 sebelum buat apa2 keputusan. Serik...



Dulu dan sekarang...hehehe...

Hehehe.. inilah koleksi gambar2 yang ada pada angah. Ada banyak lagi gambar2 yg tak sempat angah amik... nanti angah korek lagi.. kekekehh.. Seronok tengok balik gambar2 lama ni, leka... lepas tu ketawa sendiri.

Pada 'mangsa-mangsa' yg belum kuar lagi gambar tuh.. hehehe... tungguuuuu... tengah korek la nih. Jangan terperanjat... kahkahkahkah!!!




















<-- ...ini gambar favourite angah.. kekekeh.. mesti alang benganggg!!!