Thursday, November 1, 2007

Kisah orang sakit yang tak sakit

20 Oktober 2007, angah & pakngah jam 8.00 pagi dah bersedia nak ke spital sebab pakngah nak kena admit ward buat 'coronary angioplasty' iaitu satu prosedur perubatan yang perlu dibuat, dengan memasukkan belon ke saluran darah ke jantung yang tersumbat bagi membuka/membesarkan ruang saluran darah agar aliran darah ke jantung dapat mengalir dengan lancar (coronary angioplasty is a medical procedure in which a balloon is used to open a blockage in a coronary (heart) artery narrowed by atherosclerosis. This procedure improves blood flow to the heart).

Hati angah ni hanya tuhan saje yang tahu. Segala macam benda yang difikirkan. Teringat kembali peristiwa dulu masa memula pakngah masuk spital untuk memasukkan pacemaker. Anyway, bila sampai di spital, seperti biasa register untuk masuk wad, amik darah, etc. Lebih kurang jam 9.30 pagi, maka masuklah pakngah dalam wad. Doktor kata, setelah report untuk darah diperolehi, bole terus buat operation iaitu dalam anggaran pukul 2 ptg.

Jam 1.40 petang, maka datanglah nurse untuk membawa pakngah ke bilik operation. Angah pun pergi sekali dan tunggu di bilik menunggu yang disediakan. Setelah menunggu dalam lebih kurang 1/2 jam, datang nurse memanggil angah kerana doktor nak jumpa. Dalam hati berkata, aikk.. takkan sekejap dah siap. Rerupanya doktor panggil angah untuk bagitau yang operation tidak perlu dilakukan kerana tiada blockage di saluran darah tersebut. Doktor meminta maaf kerana report tersebut telah silap dan akan menyiasat dan akan inform angah kemudian. Masa tu, tak tahu nak kata apa... yang pertama2nya angah bersyukur kerana pakngah tak perlu buat tu semua. Lepas tu nak marah pun ada, nak ketawa pun ada dan geram pun ada. Macamana boleh silap??? India..India.. incredible India! Kalau angah nak saman spital tu pun bole & kalau embassy tak nak bayar bil spital pun bole... Tapi kita takmo la buat macam tu... asalkan semua selamat sudah.

Itulah di antara pengalaman angah & pakngah yang tak tersangka terjadi. Lepas ni, untuk member2 yang lain, kena check betul2 sebelum buat apa2 keputusan. Serik...



No comments: